nuff

Selasa, 27 Oktober 2015

Akta Kerja 1955 -Pembayaran Upah

Kongsi....

18. Tempoh upah.
(1) Sesuatu kontrak perkhidmatan hendaklah menetapkan suatu tempoh upah tidak melebihi satu bulan.

(2) Jika dalam mana-mana kontrak perkhidmatan tiada tempoh upah yang ditetapkan, tempoh upah hendaklah bagi maksud-maksud kontrak tersebut dianggap sebagai satu bulan.


Huraian
Seksyen 18 menetapkan tempoh upah mestilah tidak melebihi (1) satu bulan. Jika dalam mana-mana kontrak perkhidmatan, tiada tempoh upah yang ditetapkan, maka tempoh upah hendaklah bagi maksud kontrak tersebut dianggap satu bulan. Ini bermakna tempoh upah boleh mengikut jam, hari, minggu dan maksimum adalah satu bulan.Kiraan bulan adalah mengikut kalendar masihi. Peruntukan seksyen 18 hanya membenarkan satu tempoh upah sahaja yang perlu disebutkan dalam kontrak perkhidmatan. Amalan menetapkan tempoh upah yang berbeza untuk bayaran upah pokok dan kerja lebih masa tidak boleh dibenarkan.






19. Masa pembayaran upah.
Setiap majikan hendaklah membayar upah-upah kepada setiap pekerja-pekeijanya tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah, ditolak potongan-potongan yang sah, yang diperolehi oleh pekerja tersebut dalam masa tempoh upah tersebut:
Dengan syarat bahawa jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pembayaran di dalam masa tersebut adalah tidak boleh dibuat dengan munasabahnya ia bolehlah, atas permohonan majikan, melanjutkan masa pembayaran dengan bilangan hari tertentu sebagaimana yang ia fikir berpatutuan.


HURAIAN
Seksyen 19 menetapkan upah mesti dibayar dalam tempoh (7) tujuh hari selepas berakhirnya tempoh upah. Misalannya, jika tempoh upah seseorang pekerja adalah mengikut bulan, maka upah bagi bulan Januari, mestilah dibayar selewat-lewatnya (7) tujuh hari bulan Februari.
Sebaliknya, jika tempoh upah seseorang pekerja tersebut untuk minggu pertama bagi setiap bulan mesti dibayar pada selewat-lewatnya pada 14 hari bulan.
Walaubagaimanapun, majikan boleh melanjutkan pembayaran upah atau membayar lewat di bawah keadaan tertentu selepas mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah Buruh. 


1 ulasan:

  1. Nice info.... kadang ada benda2 yg kita lupa bila bekerja ni... terutama hak2 kita.... :)

    BalasPadam