nuff

Sabtu, 24 Oktober 2015

"MAJIKAN" copy paste dari suararum.blogspot.my

MAJIKAN TERBAIK
Bila sebut "MAJIKAN TERBAIK" maka dalam ertikata lain ianya merangkumi kepada penyediaan faedah-faedah kepada pekerja untuk menampung kos sara hidup. Tunggak kepada kehidupan seorang pekerja adalah bergantung kepada upah yang diterima selain dari aspek-aspek keselamatan.
Kerajaan (MAJIKAN) telah menonjolkan sifat terpuji dengan menaikkan RM 1200.00 gaji minima kepada pekerjanya (penjawat awam) maka Kerajaan juga telah menaikkan Gaji Minima Negara kepada RM 1000.00 untuk pekerja di Negara ini.

RUM amat memahami kedudukan Kerajaan juga amat memahami kedudukan pekerja maka pada Kerajaan intipatinya melihat kepada kemampuan Syarikat Swasta serta kenaikan harga barang.
Kita juga harus menerima hakikat perbezaan Kerajaan dan Majikan, maka Majikan Terbaik akan melaksanakan yang terbaik kepada pekerjanya, maka hakikat ini telah dilaksanakan sebaik mungkin oleh Kerajaan Malaysia.
Gaji Minima adalah gaji asas, yang memaksa "MAJIKAN" mematuhi pelaksanaan Gaji Minima. Maka ini akan menjadikan satu paksaan kepada "MAJIKAN KEDEKUT" untuk melaksanakan "GAJI MINIMA", dekat sinilah "KUASA KERAJAAN" melalui pindaan Akta Kerja untuk memaksa "MAJIKAN KEDEKUT" untuk melaksanakan "GAJI MINIMA", maka disinilah peranan Kesatuan Gabungan seperti MTUC samada dari segi perundingan secara harmoni atau melalui jalan akhir dengan mengunakan pendekatan "mendesak".
Tidak menolak bahawa kenaikan gaji boleh menimbulkan kenaikan harga barang, malah berdasarkan kepada "track record" peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang, malah "track record" KPDNKK" juga "lemah" dalam penguatkuasaan, kalau ada pun sekadar "hangat-hangat tahi ayam".
Pokok segalanya adalah kewujudan Kesatuan Sekerja, maka Kesatuan Sekerja dalam Syarikat yang mana berkenaan perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kadar upah, manakala Kesatuan Gabungan seperti MTUC perlu memainkan peranan "Pro Aktif", selain menubuhkan kesatuan sekerja dalam mana-mana Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja selain mengunakan pendekatan "mendesak" dalam melaksanakan agenda kepentingan "kaum pekerja", sekiranya ini tidak berlaku, maka semakin hari Kesatuan Sekerja akan berkurangan dan kekuatan pekerja akan lemah.
Kita menyedari bahawa pihak-pihak tertentu tidak gemar dengan Kesatuan Sekerja, malah pelbagai usaha dilakukan untuk memecahbelahkan Kesatuan Sekerja bagi menghilangkan "kekuatan, kehilangan "kekuatan" akan menghakibatkan kuasa "bargain power" akan terhapus, maka itu kesedaran dan kepentingan Kesatuan Sekerja perlu dititik beratkan khususnya Kesatuan Gabungan seperti MTUC.
Senjata utama "KESATUAN SEKERJA" ialah "KEKUATAN" maka "KEKUATAN akan terwujud dengan "KESEDARAN" seterusnya "KEBANGKITAN".
Kerajaan juga perlu mengalakkan penubuhan Kesatuan Sekerja kerana ianya secara tidak langsung boleh membantu kerajaan dalam menanggani gaji yang lebih baik melalui perundingan berasaskan Perjanjian Bersama.
Berbalik kepada "MAJIKAN TERBAIK", RUM menyeru pada "SEMUA MAJIKAN" agar menjadikan "KERAJAAN" sebagai "CONTOH MAJIKAN TERBAIK" dari segi peningkatan faedah seperti "GAJI MINIMA" sebanyak RM 1200.00. Janganlah jadi "MAJIKAN KEDEKUT" hanya memerah keringat pekerja kerana pekerjalah yang menaikan imej dan perniagaan Syarikat, dengan kata lain bahawa :-
"PEKERJA ADALAH ASET SYARIKAT"
TAHNIAH PADA KERAJAAN KERANA MENINGKATKAN GAJI MINIMA UNTUK PENJAWAT AWAM.
"TAUKEY" YANG BAIK AKAN DIHARGAI OLEH PEKERJANYA!
Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan