nuff

Khamis, 22 Oktober 2015

Pengenalan : Apa itu Kesatuan?


APA ITU KESATUAN?

Kesatuan adalah satu kumpulan terancang pekerja yang secara kolektif menggunakan kekuatan mereka untuk mempunyai suara di tempat kerja mereka. Melalui kesatuan, pekerja mempunyai hak untuk memberi kesan dan "demand" dari segi gaji, waktu kerja, faedah, kesihatan dan keselamatan tempat kerja, latihan kerja dan isu-isu yang berkaitan dengan kerja lain. Di bawah undang-undang di Malaysia, pekerja daripada semua peringkat umur mempunyai hak untuk menyertai kesatuan sekerja. Mempunyai sokongan dari kesatuan untuk memastikan keadilan dan rasa hormat di tempat kerja adalah salah satu daripada sebab utama kaum pekerja.

Semua faedah dan perlindungan insurans di nikmati hari ini muncul sebagai hasil pergerakan buruh yang dianjurkan di negara ini. Ini termasuk gaji minimum, bayaran keselamatan sosial, tempoh bekerja
lapan jam sehari dan hujung minggu, bayaran lebih masa, Akta Kerja 1955, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan beberapa Akta yang berkaitan  yang memerlukan majikan untuk memenuhi standard keselamatan pekerja mereka.

MENGAPA KITA MEMERLUKAN KESATUAN SEKERJA?

 Kesatuan amat penting terutamanya, untuk mempunyai suara di tempat kerja. Ianya amat penting supaya cara kerja akan menjadi teratur disamping mengelakkan pihak pengurusan bebas untuk mengeksploitasi pekerja. Ahli kesatuan juga mendapat gaji yang lebih baik dan manfaat berbanding daripada pekerja yang tidak diwakili oleh kesatuan sekerja.  Kesatuan juga membantu majikan mewujudkan suasana pekerjaan yang lebih stabil, produktif tenaga kerja di mana pekerja mempunyai suara dalam menambah baik dari aspek pekerjaan mereka sama ada membantu ahli kesatuan mahupun pihak pengurusan dan syarikat.. Kesatuan juga bertanggungjawab dalam membantu produktiviti syarikat di samping menjaga kebajikan pekerja... Jadi, tidak timbul isu bahawa kesatuan adalah musuh majikan.


BAGAIMANA KITA MEMBENTUK ATAU MENCORAK KESATUAN SEKERJA?

Pekerja perlu tahu apa hak dan batas mereka. Perlu di ingat, pegawai kesatuan memakai dua jenis "baju", erti kata lain, waktu kerja 8 jam mereka adalah hak syarikat manakala selebihnya mereka memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan membantu majikan, pengurusan dan juga ahli. Pihak majikan perlu menghormati "kuasa" dan "jawatan" mahupun "uniform" kesatuan. Apabila majoriti pekerja menunjukkan mereka mahu kesatuanmajikan perlu menghormati pilihan pekerja. Jika pekerja memenangi perwakilan kesatuan, mereka berunding kontrak dengan majikan yang menjelaskan hak-hak dan tanggungjawab setiap pihak di tempat kerja.


 APAKAH CABARAN YANG PEKERJA HADAPI APABILA MEREKA MAHU MENYERTAI KESATUAN?

Dewasa ini, berjuta-juta pekerja mahukan pembelaan dan mahu menyertai kesatuan. Apabila selangkah anda menyarung "baju" kesatuan, anda mengahadapi beberapa cabaran dan risiko yang besar. Anda memikul tanggungjawab dan harapan ahli manakala di pihak majikan mereka menganggap anda adalah musuk mereka. Sebenarnya mereka seolah-olah beranggapan bahawa pihak kesatuan adalah batu penghalang dalam segala urus tadbir syarikat dan cuba mencampuri segala urusan mereka. Namun mereka tidak sedap bahawa kesatuan turut memain peranan penting dalam membantu produktiviti syarikat. Terdapat beberapa dan  kebanyakan majikan akan wujud untuk melawan usaha pekerja dan terdapat beberapa majikan dengan usaha mengugut, mengganggu dan mengancam mereka. Perlu sedar bahawa, pekerja mempunyai beberapa akta yang melindungi bereka untuk "BERKESATUAN"..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan