nuff

Selasa, 10 November 2015

Perjanjian Bersama (Collective Agreement) - Ringkasannya...

Tujuan dan Fungsi Perjanjian Bersama

         Perjanjian Kolektif (CA) atau Perjanjian Bersama adalah satu perjanjian yang ditandatangani di antara majikan dan kesatuan sekerja pekerja atas terma dan syarat-syarat pekerjaan bagi pekerja. Perjanjian ini menetapkan kategori pekerja yang dilindungi, tempoh perjanjian dan prosedur kilanan itu. Perjanjian ini juga dengan kata lain akan wujud
apabila sesuatu  syarikat itu mempunyai Kesatuan Sekerja dan apabila "mereka" tidak mempunyai Kesatuan Sekerja, maka tiadalah Perjanjian Bersama. Bagi Syarikat yang tiada Kesatuan Sekerja syarat-syarat pekerjaan hanya tertakluk dengan Akta Kerja yang mana Akta Kerja adalah faedah minima bagi pekerja di negara ini. Manakala keadaan ini berbeza bagi "mereka" yang ada
Kesatuan Sekerja, yang mana ianya tertakluk kepada dua Akta iaitu Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kerja. Kelebihan wujudnya Kesatuan Sekerja adalah ianya "boleh merundingkan" beberapa terma yang biasanya diliputi termasuk waktu kerja, hari rehat; pemberhentian kerja; gaji dan bonus; cuti tahunan dan sakit; dan faedah perubatan dengan persetujuan Majikan, malah mana-mana faedah "yang mana lebih baik" yang terdapat dalam Akta Kerja dan Perjanjian Bersama ianya hendaklah digunapakai.

  Perjanjian bersama dalam erti kata lain adalah hasil rundingan antara pihak-pihak diantara majikan dan pihak kesatuan, yang menyaksikan harapan dan keprihatinan kedua-dua. Ia memberikan "bukti" kepastian diantara majikan dan pekerja tentang hak dan tanggungjawab masing-masing.
         Perjanjian Bersama juga adalah sebahagian dari akta dan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Perhubungan Perusahaan di bawah Seksyen 13.
Kedua-dua pihak samada Majikan dan Kesatuan Sekerja hendaklah mematuhi Perjanjian Ini iaitu "PERJANJIAN BERSAMA" yang mana sekiranya gagal maka ianya boleh didakwa/dibawa ke Mahkamah Perusahaan.
         Perjanjian Bersama ini jelas amat penting bagi menjamin "faedah" yang telah atau boleh dinikmati pekerja.  Dengan adanya Perjanjian Bersama ini, membuktikan Kesatuan tersebut "DIIKTIRAF" oleh syarikat  yang mana membawa maksud "KUASA MUTLAK RUNDINGAN" bagi pihak pekerja adalah hak Kesatuan Sekerja, atau tiada pihak lain yang boleh merundingkan hal ehwal mengenai pekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan