nuff

Rabu, 20 Januari 2016

Pogram Pertama 2016 untuk RUM dan Belia RUM - RUNDINGAN PERJANJIAN BERSAMA KE 8 (CA) Di ANTARA KTMB DAN RUM

RUNDINGAN PERJANJIAN BERSAMA KE 8 DI ANTARA KTMB DAN RUM

Alhamdulillah, program pertama untuk tahun 2016 adalah rundingan perjanjian bersama ke 8 (CA) berjalan dengan baik dan harmoni. Perundingan ini adalah diantara Panel RUM dan KTMB di Langkawi untuk pengetahuan semua, makluman ahli-ahli RUM, rundingan ini diadakan di Hotel Adya, Pulau Langkawi pada 10hb - 14hb Januari 2016.




Untuk pengetahuan semua juga , panel perundingan bagi pihak KTMB yang diketuai oleh Tuan Haji Helmi Mohamad Senior Vise President serta semua panel KTMB lembut dan terbuka hatinya mempertimbangkan tuntutan RUM melalui Draf Perjajian Bersama yang telah dihantar pada 1.10.2015.
PANEL PERUNDINGAN CA KE 8
PANEL PERUNDING KTMB
SVP. TN. HJ. HELMI MOHAMAD
GM TMOD Tn. Hj Helmi Hasan
GM FINANCE Pn. Haslina
GM Fleet. Johari Kamal
GM Kargo Zain Taha.
GM TMO Hider
Secretariat 5 orang
PANEL PERUNDING RUM
1. Mokhtar (Ketua Perunding RUM) Tim Pres
2. Maniam (Perunding) S.Agung
3. Hairuddin (Perunding) B.Agung
4. Fadzli (Perunding @ Secretariat) Pen.S.Agung
5. Suraya (Perunding @ Secretariat)Pen.B.Agung
6. Roslan (Perunding) Naib Pres
7. Faizal (Perunding) Pengerusi Belia @ Exco
8. Razak (Perunding @ Secretariat) President

Berberapa Artikel telah dipersetujui bersama dan ada yang tertangguh (kiv) berikutan tidak ada persetujuan, In Syaa Allah akan disambung semula perbincangan di Kuala Lumpur.
Secara amnya boleh dikatakan sangat baik.
Terima Kasih kepada Tuan Haji Helmi Mohamad dan semua panel KTMB yang memahami kehendak pekerja walaupun RUM juga amat memahami kekangan kewangan KTMB.
Namun ianya juga bergantung kepada kelulusan Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan setelah perbincangan akhir yang akan dibincangkan di Kuala Lumpur setelah mendapat persetujuan bersama.
Mudah-mudahan kelulusan dapat diberikan oleh Lembaga Pengarah KTMB dan Kementerian Kewangan.
Perbincangan Perjanjian Bersama berakhir dengan menandatangani dokumen persetujuan bersama disamping pemberian cenderahati diantara kedua-dua pihak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan