nuff

Khamis, 25 Februari 2016

Akhbar Sinar 25hb Februari 2016

TERTUDUH MENANGIS DALAM MAHKAMAH


Dua warga Bangladesh ini mengaku salah melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan senegara mereka di mahkamah sesyen, semalam.



KUALA TERENGGANU - Dua warga Bangladesh menangis teresak-esak di kandang tertuduh selepas dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam, kerana melakukan rompakan berkumpulan, tahun lalu.

Md Moktar, 33, dan rakan senegaranya Ripon, 29, dijatuhi hukuman tersebut selepas masing-masing mengaku salah melakukan rompakan berkumpulan terhadap rakan senegaranya, Debu Mondal, 36, pada 3 Disember 2015, jam 9 malam.

Mereka berdua mengaku salah melakukan jenayah terbabit di Taman D’ Putera Kampung Raja, Besut, dengan merompak dua buah telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM5,300 milik mangsa.

Kedua-duanya turut mengaku salah, semasa kejadian telah melakukan perkara yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap mangsa kerana menggunakan sebatang kayu.

Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, dengan tiga lagi rakan mereka yang masih bebas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noorjidah Mohd Jusan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mohd Azhar membuat keputusan berkenaan selepas mempertimbangkan rayuan serta penjelasan mangsa yang telah memaafkan kedua-dua mereka, dengan harapan tidak mengulangi lagi perbuatan itu pada masa akan datang.

“Saya dengan ikhlas telah memaafkan perbuatan mereka terhadap saya sebelum ini dan saya harap hukuman yang bakal dijatuhkan dapat memberi pengajaran kepada mereka selepas ini,” katanya dalam kandang saksi mahkamah, semalam.


Dalam masa sama, berlaku ‘drama air mata’ apabila ketiga-tiga rakan senegara ini bersalaman di antara satu sama lain selepas mahkamah membenarkan mangsa menemui kedua-duanya yang ketika itu berada di kandang pesalah, sebelum hukuman dijatuhkan.






Bukan berniat untuk mempersoalkan kredibiliti hakim... tetapi, SAYA bayangkan apabila ianya dilakukan oleh RAKYAT kita mahupun WARGA KITA? Apakah ada KEADILAN disini?? Yang salah tetap salah... itulah REALITINYA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan