nuff

Sabtu, 13 Februari 2016

Mesyuarat Perbincangan Perjanjian Bersama (CA) diantara Pengurusan KTMB dengan RUM Kali ke 2 ( Membincangkan Artikel-Artikel Yang tertangguh)

Pada 12hb 2016, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat KTMB, telah di aturkan mesyuarat perbincangan Perjanjian Bersama kali ke 2 diantara panel pihak pengurusan KTMB dan panel perunding RUM bagi membincangkan beberapa atikel-artikel yang tertangguh (KIV).

Alhamdulillah, segalanya berlangsung secara harmoni dan lancar..

 Alhamdulillah sekali lagi, panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi, kerna dengan limpahan kurniaNya, beberapa artikel telah dipersetujui biarpun ada yang terpaksa digugurkan.
Dipanjangkan jua Selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah SAW langkah pertama (1) telah pun selesai. Ada dua lagi langkahan untuk kita tempuhi iaitu menunggu kelulusan di peringkat kedua (2) iaitu di peringkat BOARD dan peringkat ketiga (3) dan yang terakhir ialah MOF ataupun kementerian kewangan.. Diharap dan disusuli dengan DOA, agar segalanya bergerak dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.. Amin...

Di kesempatan ini, ADMIN  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden KTM Dato' Haji Sarbini bin Tijan serta panel rundingan bagi pihak pengurusan diatas persetujuan beberapa artikel yang telah diterima.
Tahniah dan syabas jua kepada panel rundingan bagi pihak RUM iaitu :

Saudara Abd. Razak Bin Md Hassan presiden RUM yang bertindak selaku sekateriat, Saudara Mokhtar bin Ismail Timbalan Presiden yang bertindak selaku pengerusi panel bagi pihak RUM, Saudara Subramaniam Setiausaha Agung RUM, Saudara Roslan Ismail Naib Presiden RUM, Saudara Hairudin Bendahari Agung RUM, Saudara Rudzfadli Penolong Setiausaha Agung RUM, Saudari Suraya Penolong Bendahari Agung RUM dan Saudara Muhammad Faizal Pengerusi Belia RUM selaku ahli panel bagi pihak RUM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan