nuff

Ahad, 14 Ogos 2016

Elaun Gantian Masa Makan - EGMM

ELAUN GANTIAN MASA MAKAN (EGMM)

Isu ini banyak dibangkitkan atau dirungutkan oleh ahli-ahli RUM.

Suka saya jelaskan..

Pekerja yang bekerja hendaklah diberi rehat tidak melebihi 5 jam secara berterusan.

RUM menyedari bahawa keperluan kerja KTMB berdasarkan "kepentingan perkhidmatan" maka pekerja boleh dianjakan jadual waktu makan atau digantikan dengan Elaun Gantian Masa Makan (EGMM).

Namun apa yang berlaku, ada kewujudan "KEGAGALAN" menjadualkan waktu makan, kegagalan menjadualkan waktu makan agak menyukarkan pekerja untuk membuat tuntutan Elaun Gantian Masa Makan, adakala penyelia memotong tuntutan EGMM disebabkan "bukti" jadual waktu makan tidak wujud.

Ini menghakibatkan "penganiayaan" kepada pekerja.

Justeru itu RUM mengharapkan semua pekerja di JADUALKAN waktu makan bagi memastikan kelayakkan tuntutan EGMM.

Ingatan kepada pekerja pastikan waktu makan adalah dalam masa yang dijadualkan, waktu makan tidak boleh ditentukan oleh mana-mana pekerja kecuali penyelia atau pegawai atasannya dan hendaklah secara hitam putih sebagai bukti dokumen.

Pegawai Cawangan sila ambil maklum, pastikan semua pekerja dijadualkan waktu makan dan sila bangkitkan dalam Mesyuarat Perbincangan Wilayah.

Kenyataan Rasmi Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan